Kenapa dua pemain Indonesia di Geek Fam MY? Ini jawapan Amoux

Geek Fam MY sebelum ini mengumumkan kemasukan dua pemain Indonesia ke pasukan Mobile Legends mereka.

Kedua-dua mereka adalah Raden Ananda (Heyden) yang akan bermain sebagai tank manakala Yalsa Agustian Nugraga (Lilbee) adalah pemain dengan peranan fleksibel.

Justeru, apa yang menyebabkan mereka mengambil pemain luar ini? Ini jawapan daripada jurulatih, Arif Iswandi (Amoux) dalam satu temubual bersma ONE Esports.

“Sejujurnya saya nak pasukan yang mempunyai pemain dari pelbagai negara. Sebenarnya bukan hanya pemain Indonesia tapi juga Filipina. Namun, Covid-19 menyebabkan keadaan sulit. Nak bawa masuk pemain Indonesia ke Malaysia pun bukan senang.

“Saya melihat potensi pada kedua-dua pemain  ini untuk berkembang. Sebenarnya banyak pasukan MPL Indonesia dan MDL yang ingin buat sesi percubaan untuk pemain ini tapi mereka memilih untuk berada di Geek Fam bagi sesi ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Geek Fam rekrut dua pemain Indonesia

Geek Fam pada minggu kedua MPL MY musim ketujuh mempamerkan prestasi yang mengagumkan. Mereka menggunakan lineup berbeza di mana Panda, Maima dan Mohamad Rasul Abdul Malik (Nelbie) menggantikan Dominus dan Feekz. Selain itu, Ozoraveki dan Rumpel juga sudah menyertai skuad Wild Rift.

Justeru, rombakan perlu dibuat bagi mencari pemain yang bersesuaian. Dengan adanya sembilan pemain sekarang, adakah Geek Fam sudah mula meningkatkan tahap permainan mereka? Kita tunggu dan lihat.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+