Keuntungan mobile gaming melebihi PC di Malaysia dan Singapura, Mobile Legends di tangga teratas

Permainan di PC dan konsol mungkin mendominasi dunia tapi di Malaysia dan Singapura, berlainan kesnya.

Mengikut satu laporan dikeluarkan oleh Niko Partners, hasil pendapatan permainan mudah alih tumbuh menjadi AS$135 juta sepanjang dua tahun manakala permainan di PC pula AS$40 juta.

Di Malaysia, AS$100 juta dicatatkan sebagai keuntungan manakala $35 juta pula di Singapura. Di platform PC, sebanyak AS$40 juta saja keuntungan dicatatkan di Malaysia dan hanya AS$5 di Singapura. Ini menunjukkan rakyat Malaysia memang suka berbelanja di platform peranti pintar.

Malah di negara kita juga, Mobile Legends: Bang Bang mencatatkan keuntungan sebanyak AS$20,938,446 pada 2019 iaitu satu per lima dari jumlah AS$100 juta tersebut.

Di tempat kedua, PUBG Mobile mengikuti rapat dengan AS$16,942,799. Permainan RPG, Ragnarok M: Eternal Love pula di tempat keempat, menunjukkan rakyat Malaysia terutamanya gamers-gamers di platform PC beralih kepada mobile untuk terus bermain permainan ini.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+