Kidal Dota Mencari Ahli-Ahli Baru Untuk Skuad Team Petala Langit, Daftar Sekarang!

Ingin mencari peluang menjadi pemain profesional Dota 2 negara? Daftar sekarang untuk tryout atau percubaan yang akan dikendalikan oleh Kidal Dota 2!

Di bawah kelolaan Racun Esports, Kidal atau lebih dikenali sebagai Izzat Zulkifli mengumumkan pencarian pemain untuk pasukan barunya, dinamakan sebagai Team Petala Langit.

Anda boleh mohon di LINK ini tapi sebelum itu, boleh lihat kriteria dan kelebihan menjadi ahli pasukan ini!

Mengikut poster di atas, tempoh percubaan terbuka adalah pada 2 hingga 9 Disember dan 16 hingga 29 Disember pula adalah percubaan akhir. Lokasinya adalah di Racuntech Setia Alam.

Kidal juga memberitahu penulis beberapa kriteria diperlukan untuk permohonan ini:

  1. Ia hanya dibuka kepada rakyat Malaysia berusia 13 tahun dan ke atas. Bagi mereka yang di bawah usia 18 tahun, perlu dapatkan kebenaran dari ibu bapa.
  2. Rank Divine dan ke atas. Immortal adalah digalakkan untuk memohon.
  3. Berupaya memberikan komitmen sepenuh masa kepada pasukan.
  4. Mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

Bagi mereka yang berjaya untuk menjadi ahli skuad Team Petala Langit, antara kelebihannya adalah menerima elaun makanan dan tajaan kem latihan (bootcamp). Selain itu, anda juga akan dilatih dan diuruskan oleh Kidal dalam kontrak satu tahun ditawarkan.

Kidal Dota mengatakan matlamat penubuhan pasukan ini adalah untuk mencari pemain terbaik negara bagi melayakkan diri ke kejohanan-kejohanan Dota 2 dalam negara dan mencuba peluang bertanding di pusingan kelayakan musim baru Dota Pro Circuit nanti.

Bagi yang tertanya-tanya siapakah Kidal, dia merupakan bekas pemain skuad Lagenda, Siamang Tunggal dan Mineski X. Kidal juga melakukan penstriman langsung di Facebook Page Kidal Dota.

RELATED NEWS

+