Killing Floor 2 antara permainan video percuma Epic Games Store minggu ini

Pada minggu ini, Epic Games Store menawarkan tiga permainan video percuma untuk pemain PC iaitu Killing Floor 2, The Escapists 2, dan Lifeless Planet: Premier Edition. Anda boleh menebus ketiga-tiga permainan ini dari sekarang sehingga 16 Julai ini.

Antara ketiga-tiga judul yang ditawarkan, Killing Floor 2 semestinya permainan video yang paling menarik. Ia merupakan sebuah permainan video penembakan zombi yang memberi anda peluang untuk bermain secara co-op bersama lima orang rakan-rakan.

The Escapists 2 juga merupakan sebuah permainan video yang mempunyai mod multi-pemain co-op yang menarik. Dalam judul ini, anda perlu membebaskan diri dari pelbagai jenis penjara.

Lifeless Planet pula merupakan sebuah permainan video pengembaraan di mana anda bermain sebagai seorang angkasawan yang menemui sebuah bandar Russia di planet lain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+