Kylian Mbappé adalah bintang muka depan FIFA 21

Peminat siri FIFA boleh bergembira apabila pemain Perancis berusia 21 tahun, Kylian Mbappé adalah penghias muka depan bagi kotak permainan FIFA 21 untuk PlayStation 4.

Mbappé pernah memenangi Piala Dunia dan liga Perancis bersama kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG).

Dalam satu temubual, beliau menyifatkan ini adalah impian jadi kenyataan dan sejak kecil, dia sudah bermain FIFA.

FIFA 21 akan dilancarkan di seluruh dunia pada 9 Oktober ini untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Tapi jika anda sudah pra-tempah Edisi Ultimate atau Champions, anda boleh bermain bermula 6 Oktober, tiga hari lebih awal.

RELATED NEWS

+