League of Legends sekali lagi ‘menang besar’, kali ini di The Game Awards 2020

League of Legends memenangi dua kategori penting di The Game Awards 2020 iaitu Permainan E-Sukan Terbaik dan Acara E-Sukan Terbaik (Worlds 2020).

Sebelum ini, mereka juga menang kategori di Esports Awards 2020.

Ini bukanlah satu kejutan kerana League of Legends menerima sokongan pemain dan peminat dari seluruh dunia.

Walaupun banyak permainan e-sukan diterbitkan, permainan keluaran Riot Games ini sentiasa mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan bereksperimen dengan perubahan pada mekanisme permainan tersebut.

Menjelang pra-musim untuk 2021, banyak perubahan baru juga dibuat untuk memberi cabaran kepada pemain.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+