League of Legends: Wild Rift Icon Series Asia Tenggara Musim Panas bermula 3 April ini

Selepas kejohanan Icon Series: Pra Musim yang berlangsung minggu lalu, kali ini Riot Games Asia Tenggara umumkan pula kejohanan League of Legends: Wild Rift Icon Series Asia Tenggara Musim Panas berlangsung pada 3 April ini.

Menambahkan lagi kehangatan ini, mereka juga akan menganjurkan Pra Musim selama lima minggu tapi di peringkat serantau!

Dengan bermulanya Musim Panas, pasukan teratas akan bertanding selama dua bulan sebelum pemenang bertemu dalam Piala Super Musim Panas. Di situ, pemain dan pasukan terbaik dari setiap rantau akan dinobatkan sebagai pemenang.

“Kami teruja dengan pramusim League of Legends: Wild Rift Icon Series Asia Tenggara di mana kita dapat melihat persembahan yang hebat daripada pasukan yang dijemput,” kata Chris Tran, Ketua Esports Riot Games Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan.

“Kami berharap dapat menyokong bakat serantau yang hebat belaka ini dan kami menjemput semua peminat Wild Rift untuk menyokong pasukan kegemaran mereka dalam Musim Panas ini.” katanya.

Wild Rift Icon Series SEA: Musim Panas akan bermula pada 3 April dan berlangsung selama lapan minggu di Filipina, Vietnam, Thailand, Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Senarai lengkap tarikh pendaftaran, tarikh kelayakan dan saluran siaran langsung untuk setiap pertandingan serantau disenaraikan di bawah:

Malaysia (ESL MY)
● Tarikh mula pendaftaran: 8 Mac
● Tarikh mula kelayakan: 3 April
● Disiarkan dalam Bahasa Malaysia
● Di mana untuk menontonnya: Youtube, Facebook

DAFTAR DI SINI.

RELATED NEWS

+