LEC tamatkan kerjasama bersama NEOM akibat kritikan daripada komuniti League of Legends

Kejohanan League of Legends European Championship (LEC) telah mengumumkan bahawa kerjasama mereka bersama NEOM telah berkahir secara serta-merta.

Keputusan ini telah dibuat selepas kejohanan tersebut menerima kritikan keras daripada komuniti League of Legends kerana urusan tersebut dianggap sesuatu yang berlawanan dengan prinsip LEC.

LEC merupakan sebuah kejohanan yang menyokong komuniti LGBT dan NEOM pula merupakan sebuah projek perbandaran yang sedang dibangunkan oleh Arab Saudi. Seperti kebanyakan negara Islam, Arab Saudi menentang dengan keras hak asasi komuniti LGBT.

Kenyataan mengenai penamatan kerjasama antara LEC dan NEOM dibuat oleh Alberto Guerrero, Pengarah E-sukan kawasan EMEA di LEC. Ia boleh dibaca di laman web rasmi LoL Esports.

Beliau berkata “Keputusan untuk bekerjasama bersama NEOM dibuat secara terburu-buru dan ia telah mengakibatkan perbalahan dalam komuniti yang disokong oleh pihak kami. Kami akan memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi.”

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+