The Last Stand. Pada hujung minggu ini, semua pengguna Steam boleh main Left 4 Dead 2 secara percuma bersama kemaskini tersebut bermula dari hari ini hingga 29 September."> The Last Stand. Pada hujung minggu ini, semua pengguna Steam boleh main Left 4 Dead 2 secara percuma bersama kemaskini tersebut bermula dari hari ini hingga 29 September." /> The Last Stand. Pada hujung minggu ini, semua pengguna Steam boleh main Left 4 Dead 2 secara percuma bersama kemaskini tersebut bermula dari hari ini hingga 29 September." />

Left 4 Dead 2 dengan kemaskini The Last Stand percuma pada hujung minggu ini

Left 4 Dead 2 kini kembali menjadi relevan buat sementara waktu dengan pelancaran kemaskini The Last Stand. Pada hujung minggu ini, semua pengguna Steam boleh main Left 4 Dead 2 secara percuma bersama kemaskini tersebut bermula dari hari ini hingga 29 September.

Kemaskini The Last Stand bermula sebagai sebuah projek yang diusahakan oleh komuniti peminat dan pemain Left 4 Dead 2. Valve menjadikannya sebuah kemaskini rasmi untuk permainan tersebut dan kini ia boleh diakses oleh semua pemain.

Antara penambahan besar dalam kemaskini ini adalah peta kempen baharu The Last Stand dan 26 peta Survival baharu. Peta The Last Stand menggunakan peta Survival yang asal tetapi kali ini para pemain boleh menyelamatkan diri jika mereka berjaya mengalahkan zombi yang menghalang jalan ke lokasi akhir.

Dalam pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Vavle, mereka menyatakan ini adalah satu peluang untuk pemain Left 4 Dead 2 kembali ke permainan tersebut “buat kali terakhir”. Adakah ini bermaksud Valve sedang bersedia untuk mengumumkan Left 4 Dead 3?

Kita tunggu dan lihat!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+