Valorant sedang mendapat perhatian ramai penggemar e-sukan di media sosial. Pada waktu yang sama, Legends of Runeterra juga akan tiba tidak lama lagi."> Valorant sedang mendapat perhatian ramai penggemar e-sukan di media sosial. Pada waktu yang sama, Legends of Runeterra juga akan tiba tidak lama lagi." /> Valorant sedang mendapat perhatian ramai penggemar e-sukan di media sosial. Pada waktu yang sama, Legends of Runeterra juga akan tiba tidak lama lagi." />

Legends Of Runeterra Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 30 April 2020

Banyak projek baharu Riot Games bakal dilancarkan pada tahun ini. Pada waktu ini, permainan video FPS Valorant sedang mendapat perhatian ramai penggemar e-sukan di media sosial. Pada waktu yang sama, Legends of Runeterra juga akan tiba tidak lama lagi.

Riot Games mengumumkan bahawa Legends of Runeterra akan dilancarkan secara rasmi pada 30 April 2020 untuk PC dan peranti mudah alih. Judul tersebut kini masih berada pada fasa beta terbuka dan anda boleh main secara percuma di laman web rasmi Legends of Runeterra (hanya untuk PC).

Legends of Runeterra ialah sebuah permainan video kad digital berdasarkan dunia League of Legends. Nampaknya, ia dibangunkan untuk menandingi permainan video kad lain yang popular seperti Hearthstone dan Magic: The Gathering.

Pelancaran rasmi ini juga akan diiringi lebih daripada 120 kad baharu. Bagi anda yang telah menyertai beta terbuka, kemajuan anda dalam beta tersebut akan dibawa masuk ke versi penuh. Judul ini juga menyokong permainan rentas-platform antara PC dan peranti mudah alih.

Sumber: Riot Games

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+