Lenovo Malaysia Melancarkan Laptop Lenovo Legion Y530 Khas Untuk Gamers Di Malaysia

Pada pagi ini, Lenovo Malaysia telah melancarkan kemasukan laptop terbaru ke dalam keluarga Legion Lenovo yang diberi nama Lenovo Legion Y530. Lenovo Legion Y530 merupakan laptop yang keenam dalam siri Legion Lenovo diciptakan untuk menarik hati-hati gamers yang mahu bermain game kegemaran mereka tak kira di mana mereka berada tanpa mengorbankan kualiti game.

Lenovo Legion Y530 dipersembahkan dengan skrin berukuran 15.6 inci yang memuatkan resolusi 1920×1080 dengan refresh rate 144hz. Laptop ini dijana dengan dua pilihan processor Intel Core generasi ke-8 sama ada i7 atau i5. dan dikuasai dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX1050 atau GTX1050 Ti. Lebih-lebih lagi, Legion Y530 baru ini boleh menampung memori sehingga 32GB DDR4 2666 MHZ dan storan SSD sehingga 512 GB serta memberi pilihan Intel Optane Ready sehingga 2 TB.

Didatangkan dengan warna hitam matte, penampilan laptop diserlahkan lagi dengan lampu warna putih menerangi bahagian keyboard. Rekaan Lenovo Legion Y530 ini disokong dengan sistem dual-channel cooling yang mampu mengurangkan masalah overheating sebanyak 16 peratus. Dari segi berat, laptop ini tidaklah begitu berat iaitu sebanyak 2.3 kg. Oleh itu, laptop ini selesa dibawa ke mana sahaja untuk gaming dan juga sesuai untuk kerja-kerja kreatif dan sebagainya.

Seiring dengan penjenamaan semula Lenovo Legion, pelancaran pada hari ini turut memperlihatkan produk Lenovo Legion C530 Cube dan Lenovo Legion C730 Cube serta Lenovo Legion T530 Tower dan Lenovo Legion T730 Tower.

Lenovo Legion T730

Siri Lenovo Legion Cube ditujukan kepada gamers yang mahukan CPU mini yang kompak, ringan dan juga berkuasa tinggi. Siri Lenovo Legion Tower membolehkan pengguna melihat komponen dalam sesebuah CPU yang dihiasi dengan cahaya lampu RGB terang seperti gambar di atas.

Lenovo Legion C530

Lenovo Legion Y530 sudah mula dijual di laman web rasmi dan kedai ekslusif Lenovo di seluruh Malaysia bermula pada hari ini dengan dua harga berbeza. Model Legion Y530 disertakan dengan kad grafik GTX 1050 boleh didapatkan dengan harga RM3,598 manakala model dengan GTX 1050 Ti boleh didapatkan dengan harga RM5,216. Korang boleh dapatkan model laptop Legion baru ini lebih murah dengan menggunakan kod AUG18 untuk diskaun RM200.

Bagi Lenovo Legion Cube dan Lenovo Legion Tower, korang kena tunggu buat sementara waktu kerana kedua-dua produk ini akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

RELATED NEWS

+