Level Up KL 2017: Pemenang Hackathon SEA Game Jam Diumumkan!

SEA Game Jam 2017 baru saja berakhir semalam dan cuba teka siapa yang bergelar juara? 

Seramai 87 peserta berlatar belakangkan pembangunan game berkumpul untuk mempersembahkan idea serta cadangan mereka. Selepas bertungkus lumus selama 36 jam, Team 16 dinobatkan sebagai juara SEA Game Jam 2017!

Juara – Team 16

TEAM 16 membawa pulang wang tunai RM8,000

  • Rizal Saputra, designer, 
  • Lai Ze Ren dan Teo Jia Luen, programmer 
  • Kevin Yeoh Lai Chuan, artist.

Tahniah kepada mereka!

Naib Juara – Team 5

TEAM 5 membawa pulang wang tunai RM5,000

  • Nikko Soetjoadi, designer,
  • Hafiz Azman, programmer/composer 
  • Ng Chen Hon, programmer. 
  • Razanil Farda dan Khairool Bakhtiar, artist

Tempat ketiga – Team 18

TEAM 18 membawa pulang wang tunai RM3,000

  • Affian Che Mohamed Onn, hybrid developer
  • Everaldo Sembiring, programmer
  • Arif Budiman, programmer
  • Nabilah Raihan, artist

Selain hadiah wang tunai, pasukan teratas akan berpeluang dipilih Media Prima Labs menerima dana tambahan sehingga RM50,000 untuk menambah baik demonstrasi permainan.

Mereka perlu membangunkan prototaip permainan mudah alih berdasarkan dua IP Media Prima iaitu Ejen Ali dan Mak Cun.

Tahniah kepada pemenang! Moga lebih ramai pembangun industri tempatan menyertai acara sebegini tahun depan pula! Lebih ramai lebih meriah kan?

Level Up KL berlangsung di Kuala Lumpur dari 4 November dan berakhir hari ini menjadi persidangan pembangunan permainan terbesar di rantau ini mempamerkan kandungan berkaitan pembangunan permainan meliputi aspek perniagaan dan teknikal industri, trend masa depan, ucaptama dan sesi peringkat tinggi bersama ahli panel yang dihormati dari seluruh dunia.

RELATED NEWS

+