Liga Korporat atau The Corporates League kini kembali pada tahun ini, kali ini dengan penambahbaikan pada format dan hadiah terkumpul RM20,000 ditaja oleh HP Inc. Malaysia."> Liga Korporat atau The Corporates League kini kembali pada tahun ini, kali ini dengan penambahbaikan pada format dan hadiah terkumpul RM20,000 ditaja oleh HP Inc. Malaysia." /> Liga Korporat atau The Corporates League kini kembali pada tahun ini, kali ini dengan penambahbaikan pada format dan hadiah terkumpul RM20,000 ditaja oleh HP Inc. Malaysia." />

Liga Korporat musim kedua kembali – Mobile Legends, Dota 2, PUBG Mobile dan CS:GO

Liga Korporat atau The Corporates League kini kembali pada tahun ini, kali ini dengan penambahbaikan pada format dan hadiah terkumpul RM20,000 ditaja oleh HP Inc. Malaysia.

Ia akan berlangsung selama 11 minggu dan mempertandingkan empat e-sukan iaitu Dota 2 dan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) di PC dan Mobile Legends dan PUBG Mobile di peranti mudah alih. 

10 pasukan terbaik dari setiap permainan akan layak menempah slot ke musim seterusnya di bawah peringkat Premier Division.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 20 Julai hingga 1 Oktober ini.

Sebelum ini, kejohanan sulung anjuran The Gaming Company (TGC) tersebut dianjurkan secara one-off pada hujung minggu sempena Comic Fiesta.

Bagi yang tidak tahu, Liga Korporat ini adalah sebuah platform e-sukan yang menggalakkan penyertaan kakitangan syarikat dalam arena ini.

“Format liga ini direka untuk syarikat-syarikat menjadikan e-sukan sebagai pembinaan budaya positif dan mewujudkan semangat kesukanan untuk syarikat besar dan kecil,” kata Muhamad Arif, Pengarah Projek bagi The Corporates League.

Syarikat dari industri minyak dan gas, penerbangan, media, servis perkhidmatan telekomunikasi, kewangan, hiburan, automotif, hartanah dan banyak lagi termasuklah e-dagang akan terbabit. Dijangka sebanyak 60 pasukan dengan 450 pemain akan bermain dalam liga ini.

Apa tunggu lagi, daftar sekarang di https://thecorporateesports.com/registration.

Liga Korporat ini akan bersiaran langsung pada Isnin, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad di beberapa platform termasuklah Facebook. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://thecorporateesports.com/  atau laman Facebook https://www.facebook.com/corporates.esports/.

RELATED NEWS

+