Liga OMEGA Dota 2 dilancarkan – hadiah terkumpul RM2.32 juta

Penganjur acara WePlay! Esports dan Epic Esports Events bekerjasama menganjurkan satu kejohanan Dota 2 untuk pasukan-pasukan Eropah dipanggil Omega League.

Kejohanan ini dibahagikan kepada dua rantau iaitu Eropah, Asia dan Amerika. Sebanyak AS$550,000 menjadi rebutan pasukan-pasukan ini.

Antara pasukan hebat yang menyertai adalah Ninjas in Pyjamas, Team Liquid, Virtus.Pro, FlyToMoon, Evil Geniuses, Team Secret, Alliance, Nigma, Natus Vincere dan OG Esports (juara dunia dua tahun berturut-turut.

Kelayakan terbuka sudah bermula pada 20 Julai dan acara utama pada 14 Ogos hingga 6 September.

Liga ini dikatakan akan membawakan elemen pertandingan, production dan kandungan kepada komuniti Dota 2. Memandangkan liga ini akan berlangsung pada waktu kejohanan dunia, The International diadakan, pastinya mereka akan buat yang terbaik untuk memenuhi jangkaan peminat.

The International 2020 dikatakan ditunda pada tahun depan kerana wabak COVID-19. Memandangkan pasukan dari seluruh negara bertanding, ia tak boleh diadakan dalam talian kerana masalah server berbeza. 

RELATED NEWS

+