M1: Axis Esports Layak Ke Playoffs Jumaat Ini – Tahniah Malaysia!

Pasukan Mobile Legends negara, Axis Esports layak ke playoff Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang, M1 yang bertempat di Axiata Arena pada Jumaat hingga Ahad. 

Mereka berjaya mara selepas memperoleh keseluruhan 6 mata dan berada di kedudukan dua teratas dan kumpulan B. Dalam saingan sengit itu, Axis tewas di tangan skuad Myanmar, Burmese Ghouls namun berjaya membuat comeback dengan kemenangan 2-0 ke atas Candy Comeback dari Laos dan Team Gosu dari Amerika Syarikat.

Axis dianggotai oleh, Loong, Rynn, EvilX, Lacid dan Scott.

Selain Axis, skuad senegara, Todak akan berentap esok dalam kumpulan C. Kedua-dua pasukan negara ini layak ke M1 selepas mendapat kedudukan empat teratas dan merebut dua slot Malaysia untuk ke pentas dunia ini.

M1 mempertandingkan hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta dan berlangsung sejak semalam menyaksikan juara MPL MY/SG S4, EVOS SG yang tersingkir awal.

Nantikan berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+