M1: EVOS Legends Ke Upper Bracket Final

Pasukan Mobile Legends nombor satu Indonesia, EVOS Legends berjaya ke upper bracket final untuk Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini hingga Ahad selepas menewaskan pasukan Burmese Ghouls (Myanmar) 2-0.

EVOS memilih barisan hero yang sangat versatil dan kuat seperti Lylia dan Kimmy. Pada minit akhir perlawanan, Kimmy sempat mendapatkan Maniac sekali gus membawa kemenangan bersih buat mereka.

Mereka akan bertembung skuad senegara, RRQ (Indonesia) seterusnya esok untuk perlawanan El Clásico antara negara itu.

Nantikan berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+