M1: Pasukan Evos Legends Layak Ke Grand Final

Berikutan kemenangan 3-0 ke atas pasukan senegara RRQ yang diwakili oleh Xinn, Vynn, Liam, Ayamjago dan Lemon di dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 di Axiata Arena, Bukit Jalil, pasukan Evos Legends yang berasal dari Indonesia itu terus mara ke grand final.

Dengan gameplay yang mantap dan strategi yang sukar dibaca, pihak lawan tidak dapat menduga corak permainan mereka.

Mereka yang terdiri daripada pemain yang hebat seperti Donkey, Wann, Oura, Luminaire, dan Rekt bakal mengharumkan nama negara mereka di pentas dunia.

Pada perlawanan pertama dan kedua, kita dapat lihat kepantasan yang dipamerkan oleh Wann sebagai Harith membuka perlawanan yang menarik untuk menggasak Rrq untuk menyerah kalah di saat akhir, Evos Legends berjaya menguasai permainan di peringkat awal, dan terus maju ke dalam base musuh.

Rrq tidak memberikan peluang untuk pasukan senegara itu menghabiskan permainan tanpa sebarang cabaran. Mereka mengatur strategi untuk menghadapi Evos Legends yang terus menguasai permainan, akan tetapi usaha mereka ternyata tidak berjaya kerana Evos Legends tidak sekali berundur.

Pada perlawanan yang terakhir, pasukan Evos Legends langsung tidak memberikan peluang untuk RRQ bangkit dari kekalahan mereka sebelum ni, mereka mengawal perlawanan, dan pada minit terakhir RRQ memberikan saingan hebat ke atas mereka akan tetapi kill demi kill dan pembunuhan Lord dan persembahan dari Oura bermain sebagai Badang terus menggasak pihak lawan menyerah kalah dan akhirnya memberikan kemenengan kepada pasukan Evos Legends.

Kejohanan Dunia M1 mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends di serata dunia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Ia berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad.

RELATED NEWS

+