M1: Todak Mara Ke Playoffs, Mendominasi Kumpulan C

Pasukan Mobile Legends negara, Todak berjaya mara ke playoffs Kejohanan Dunia MLBB, M1 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 15 hingga 17 November ini selepas meraih kemenangan bersih ke atas skuad Brazil, Geo Esports dengan skor 2-0.

Todak bermain dengan begitu baik berdepan Turki sebelum ini dengan rekod sama namun menghadapi saingan sengit ke atas skuad Filipina, Sunsparks dengan skor 1-2.

Penggunaan Valir dalam perlawanan ke atas Geo ini ternyata berkesan dengan rekod 3/0/10 sepanjang perlawanan kedua. 

Mereka berjaya memperoleh kedudukan pertama dalam kumpulan C dengan rekod 2-1, 2-0 dan 2-0 manakala Sunsparks di kedudukan kedua dengan rekod 2-1 bagi tiga perlawanan penuh.

Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta yang direbut 16 pasukan terbaik dari serata dunia. Ia dianjurkan oleh Moonton.

Nantikan berita lanjut menyusul..

(Foto: MPL MY/SG S4)

RELATED NEWS

+