M1: Todak Masih Berbisa

Pasukan Mobile Legends negara, Todak berjaya mara ke lower bracket seterusnya selepas mengecewakan satu-satunya pasukan Asia dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends. M1 iaitu 10Second Gaming dari Jepun dengan markah 2-1.

Pasukan Todak memulakan permainan pada game yang pertama dengan persembahan yang terbaik daripada Ciku yang menggunakan Granger. Dia bijak mengatur langkah untuk melakukan split push dan memberikan kelebihan kepada pasukan untuk menggasak pihak lawan dari jepun daripada arah top dan mid. 

Mereka akan bertembung dengan Burmese Ghouls (Myanmar) pada petang nanti untuk melayakkan diri ke lower bracket final esok.

Kejohanan Dunia M1 mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends di serata dunia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Ia berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula semalam hingga esok.

RELATED NEWS

+