M1: Todak Peroleh Kemenangan Bersih 2-0, Tundukkan Turki

Pasukan Mobile Legends negara, Todak berjaya memperoleh kemenangan bersih 2-0 ke atas skuad Evil Esports dari Turki dalam perlawanan kedua kumpulan C bagi Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 sebentar tadi.

Todak menggunakan draft yang sama melawan Sunsparks bagi perlawanan pertama namun ia agak sukar dimainkan kerana barisan hero Evil Esports juga mengancam dengan kehadiran Harith.

Pada perlawanan kedua, mereka bermain dengan begitu baik sekali dan menunjukkan kebolehan setiap ahli yang boleh menggunakan peranan berbeza bagi hero. Kemenangan ini sekali gus memberikan Todak kelebihan di peringkat kumpulan C setakat ini dengan 4 mata. 

Todak akan berdepan dengan skuad Brazil, Geo Esports pada jam 5:30 petang nanti.

M1 mengumpulkan 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Acara utama akan dilangsungkan di Axiata Arena pada Jumaat hingga Ahad ini.

 

RELATED NEWS

+