M1: Todak Sengit 1-2 Berdepan Skuad Filipina, Sunsparks

Pasukan Mobile Legends:Bang Bang negara, Todak menghadapi sedikit kesukaran berdepan lawan mereka, skuad Sunsparks dari Filipina ketika berlangsungnya peringkat kumpulan C bagi Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 sebentar tadi.

Pertarungan hari ketiga ini menyaksikan Todak tewas pada perlawanan pertama namun mencari rentak kembali pada perlawanan kedua. Bagaimanapun, draft mereka yang kurang menyengat menyebabkan Sunsparks dengan mudah mendahului permainan menggunakan lineup gabungan Kimmy dan Granger.

Todak akan memulakan perlawanan seterusnya sebentar lagi ke atas pasukan Evil Esports dari Turki. Mereka memerlukan kemenangan bersih 2-0 bagi memastikan kedudukan mereka benar-benar selamat meraih top 2 dalam kumpulan C untuk ke playoff pada Jumaat.

Kejohanan M1 mengumpulkan 16 pasukan dari 13 negara berentap merebut hadiah terkumpul RM1 juta. Acara utama akan berlangsung di Axiata Arena pada 15 hingga 17 November ini.

Peringkat kumpulan pula sudah bermula sejak Isnin menyaksikan EVOS SG, Candy Comeback, Team Gosu dan Impunity KH tersingkir awal dan gagal ke playoff.

Saksikan livestream di https://www.youtube.com

RELATED NEWS

+