M2: Burmese Ghouls berhasrat untuk bertemu dengan pasukan Indonesia, RRQ Hoshi dan Alter Ego

Pasukan Burmese Ghouls yang berasal dari Myanmar ini merupakan pesaing yang kuat di dalam kejohanan dunia Mobile Legends, M2. Mereka pernah mengalahkan pasukan Geek Fam di peringkat kumpulan bawah (lower bracket) MPLI 4 Nation Cup. 

Juara MPL Musim Keempat Myanmar ini telah ditempatkan di dalam kumpulan A bersama dua pasukan lain iaitu RSG yang berasal dari Singapora serta Unique Devu dari Rusia.

Salah seorang ahli pasukan mereka Ace mengatakan mereka tidak boleh memandang rendah pasukan di dalam kumpulan mereka oleh kerana kedua pasukan tersebut pasti mempunyai kejutan dan aturan strategi khas untuk kejohanan dunia M2.

Selain itu, pasukan dari Indonesia sememangnya dianggap sebagai satu benchmark oleh pasukan lain. Ini termasuklah Burmese Ghouls.

Ace berhasrat untuk berlawan dengan pasukan-pasukan dari Indonesia iaitu RRQ Hoshi serta Alter Ego. “Kami mahu bertemu kedua pasukan ini kerana kami tidak pernah bertanding dengan mereka sebelum ini. Kami akan memberikan yang terbaik jika boleh berlawan antara kedua pasukan tersebut.

Tambah beliau lagi, “Saya tidak boleh memilih salah satu. Kami ingin bertemu dengan kedua-duanya kerana memang mereka kuat,” ujarnya.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+