M2: Burmese Ghouls mara ke upper bracket

Pasukan Myanmar, Burmese Ghouls menunjukkan dominasi dalam peringkat kumpulan kejohanan dunia Mobile Legends, M2 selepas menewaskan skuad tuan rumah, RSG dengan skor 2-1.

Sebelum itu, mereka berjaya menewaskan Rusia, Unique Devu, 2-0 pada perlawanan pertama mereka.

Burmese Ghouls menggunakan hero-hero seperti Silvanna dan Hayabusa, satu pilihan yang tepat untuk menghalang RSG daripada bermain dengan begitu agresif.

Satu triple kill pada minit ke-13 adalah satu perubahan arus perlawanan, memberi peluang kepada pasukan Myanmar terus mendapatkan kelebihan dari segi push.

Sementara itu, RSG dan Unique Devu akan ke fasa kedua peringkat kumpulan yang mana fasa ini menentukan siapa layak ke playoffs dan bermain di peringkat lower bracket.

Berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+