M2: “Dah biasa kena tas tas tas, jadi kami tak ambil kisah,” – Pheww (Bren Esports)

Pemain Bren Esports, Pheww tak ambil kisah apabila kena taunt dari pemain Alter Ego Esports, Leomurphy dalam perlawanan pertama peringkat lower bracket tadi.

Dalam satu temubual media, beliau berkata sudah banyak kali kena taunt jadi tak ambil kisah dan main macam biasa.

“Saya tak berapa kisah sebab dah kena banyak kali,” ujarnya.

Beliau juga berharap dapat tewaskan RRQ Hoshi esok di peringkat lower bracket final dan bertembung dengan Burmese Ghouls.

M2 dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari hingga esok dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+