M2: Dreammax Esports tidak putus asa meskipun tewas di tangan Todak

Setelah mengalami kekalahan di tangan pasukan Todak semalam dengan skor 1-2, pasukan Brazil, Dreammax Esports ini tidak putus asa untuk terus belajar dari kekalahan. 

Menurut salah seorang pemain mereka iaitu Cabral, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat yang terus menyokong dan mempercayai kebolehan pasukan tersebut. Kenyataan tersebut dimuat naik di laman sosial Instagram rasmi beliau sendiri.

Selain itu, Cabral juga mengatakan meskipun beliau sedih dengan kekalahan tersebut akan tetapi masih terdapat banyak lagi perkara yang perlu mereka belajar.

Cabral juga berasa gembira kerana dapat berlawan dengan pasukan yang sering dijadikan contoh di dalam permainan tersebut seperti RRQ Hoshi dan juga Todak.

RELATED NEWS

+