M2: “Ini adalah kejohanan terakhir Eone,” – Ciku

Kejohanan dunia Mobile Legends, M2 adalah pertandingan terakhir bagi pemain Todak, Muhd Rizwan Abdullah atau Eone, menurut Danial Fuad (Ciku).

Dalam satu temubual media sebentar tadi, beliau berkata Eone akan bersara dan mereka ingin buat yang terbaik.

“Ini adalah kejohanan terakhir untuk Eone. Semestinya kami ingin buat yang terbaik. Lagipun kami ingin jadikan ini kenangan yang menarik buat Eone,” kata Ciku.

Todak layak ke lower bracket lusa selepas menewaskan pasukan Brazil, Dreammax sebentar tadi.

Jangan lupa untuk menonton playoff M2 bermula hari Jumaat hingga Ahad nanti.

 

RELATED NEWS

+