M2: “Tak berapa fokus sebab scrim sampai 2 pagi, game pula pada awal pagi,” – Moon

Pemain Todak, Zikry Shamsuddin atau Moon akui kesilapan yang menyebabkan mereka tertewas pada perlawanan pembukaan kejohanan dunia MLBB, M2, berdepan Omega Esports pagi tadi berikutan mereka tidak berapa fokus untuk berlawan.

“Kami scrim sampai jam 2 pagi, game pula pada awal pagi jadi itulah sebabnya. Kami bangun agak lewat.

“Sepatutnya kami lebih kepada counterpick pada perlawanan ini,” kata Moon dalam satu temubual media.

Namun, beliau menerima kekalahan dengan bermaruah dan terus memperbetulkan kembali kesilapan terutamanya pada perlawanan kedua ke atas Kemboja, Impunity KH.

“Kami cuba perbetulkan kesilapan dan kami akan main lebih baik pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya ringkas.

Todak juga mengatakan mereka memberi peluang kepada Stoo menggantikan Xray kerana strategi digunakan masih sama biarpun salah seorang tidak bermain.

Nampaknya Todak dan Impunity KH akan bermain di pusingan peringkat kumpulan fasa kedua selepas Omega Esports menang kesemua perlawanan di peringkat kumpulan.

Omega akan menyertai pasukan-pasukan lain di pusingan upper bracket ketika playoffs.

RELATED NEWS

+