Macam mana nak menipu dalam Among Us? Shroud ada caranya

Among Us dan Fall Guys antara permainan yang sangat menyeronokkan dan membuatkan semua pemain terhibur bersama rakan-rakan.

Penghibur penstriman langsung popular, Shroud mengatakan Among Us adalah menghiburkan jika dimainkan dengan pemain yang betul. Pandemik menyebabkan permaiann ini dimainkan ramai gamers di serata dunia.

Baru-baru ini, Shroud dalam satu video menunjukkan kebijaksanaannya menipu kawan-kawannya.

Sebagai imposter, amat penting untuk tak ditangkap dan ketika sesi undian, pemain imposter ini perlu pandai meyakinkan dia tidak bersalah membunuh.

Shroud bermain dengan begitu baik, menunjukkan dirinya tidak bersalah dan pada masa sama membunuh krew kapal beberapa kali.

Lihat video lebih lanjut di bawah.

Pada masa kini, Among Us adalah adalah permainan yang paling banyak ditonton di Twitch. Sebagai contoh, ketika artikel ini ditulis, seramai 420 ribu pengguna Twitch sedang menonton streamers bermain permainan itu.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+