Main Permainan Seram Percuma Ala Zaman PS1 Dibuat Oleh Pembangun Indie

Game jam ialah sebuah aktiviti di mana pembangun permainan video cuba membangunkan sebuah permainan video mengikut beberapa peraturan dan perlu disiapkan dalam masa yang terhad.

Dua minggu lepas, game jam Haunted PS1 Wretched Weekend telah dianjurkan oleh Breogán Hackett dan The Haunted PS1. Ia bermula pada 10 April dan berakhir pada 15 April 2020. Dalam game jam tersebut, pembangun perlu membangunkan permainan video mengikut beberapa peraturan:

  • Bangunkan sebuah permainan untuk penuhkan kekosongan ini.
  • Habiskannya dalam masa 48 jam.
  • Sepatutnya mempunyai gameplay yang amat sedikit.
  • Boleh hasilkan permainan yang anda pernah bangunkan sebelum ini.
  • Kebanyakan judul yang dibangunkan harus dibuat semasa game jam ini.
  • Mempunyai model berpoligon rendah, seni pixel, dan mungkin penggunaan pixel filter jika mempunyai grafik 3D.
  • Gunakan apa sahaja untuk bangunkan permainan anda.
  • Permainan tersebut sepatutnya menyeramkan.

Pada waktu ini, sudah terdapat 69 penyertaan daripada pembangun indie dari seluruh dunia. Anda boleh main setiap satu secara percuma melalui laman web itch.io.

Dalam 69 pertanyaan tersebut, dua boleh dimain melalui pelayar (browser) dan yang lain kesemuanya perlu dimuat turun. Jika anda meminati permainan seram, anda memang patut mencuba beberapa judul yang telah disiapkan.

Berikut adalah gambar daripada beberapa permainan daripada game jam tersebut:

Rottenwood Lake oleh selewi

Blank Screen oleh Edouard Moinard

It Hunts You oleh Tom Sandford

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+