Majlis Pelancaran God of War Oleh PlayStation Asia Di Sunway Pyramid Sangat Meriah

Semalam, Sony Malaysia hoskan pelancaran tengah malam God of War di PlayStation 4! Bayangkan, kembara Kratos bersama anaknya, Atreus kini boleh diikuti oleh pemain seluruh dunia.

Walaupun pada hari bekerja, tak menghalang gamers untuk berkumpul sejak jam 4 petang untuk menjadi yang pertama mencuba permainan video terkenal itu. 

Terdapat juga mini-games untuk memberikan peminat rasa sebenar sebagai karakter dalam game itu iaitu Atreus. Dia menggunakan busur dan panah sebagai senjata utama dan peminat boleh mencuba cabaran memanah. Terdapat juga cabaran baling kapak menggunakan kamera dengan keupayaan motion tracking yang boleh kesan pergerakan pemain.

Paling best, peminat boleh mendapatkan face painting untuk menunjukkan kesungguhan mereka menantikan pengembaraan Kratos dan Atreus ini.

 

Gamers yang sudah pra tempah game itu turut mendapat game mereka dan boleh mencuba untuk pertama kalinya di rumah. Jom layan gambar-gambar di bawah ini!

Peminat mencuba aktiviti mini games di acara

Peminat beratur mendapatkan copy CD mereka

Pemilik pertama Collector’s Edition God of War di acara itu

RELATED NEWS

+