Mak Cun’s Adventure Catat Lebih 1 Juta Muat Turun

Pada Mei 2018, sebuah permainan mudah alih bertajuk Mak Cun’s Adventure dilancarkan untuk Android dan iOS. Hampir dua tahun kemudian, ia telah mencapai satu lagi pencapaian yang hebat.

Mak Cun’s Adventure kini sudah dimuat turun sebanyak 1.6 juta kali!

Ini satu pencapaian yang sangat hebat untuk sebuah permainan mudah alih buatan Malaysia. Tambah-tambah lagi, ia sebuah permainan yang menggunakan siri drama Bahasa Melayu sebagai latar belakangnya.

Untuk pengetahuan anda, Mak Cun’s Adventure dibangunkan dan diterbitkan oleh Media Prima Digital.

Mengenai kejayaan ini, Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, berkata:

“Kami berasa cukup berbangga dengan pencapaian Mak Cun’s Adventure dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengguna yang telah memuat turun dan mencuba permainan interaktif ini. Harapan kami semestinya supaya dapat mengajak ramai lagi untuk turut merasa keseronokan bermain Mak Cun’s Adventure.”

Mak Cun’s Adventure ialah sebuah permainan masakan dan fesyen yang memerlukan anda untuk menyediakan pelbagai hidangan tempatan dan bantu watak Mak Cun menguruskan kedai butiknya.

Untuk pengguna Android, anda boleh muat turun permainan ini di Google Play Store. Pengguna iOS pula boleh muat turun melalui Apple App Store.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+