Malaysia Esports Championship 2020: Pemenang dapat slot di MPL dan PMNC

Esports Integrated (ESI) telah mengumumkan kolaborasi bersama Moonton dan Tencent untuk kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC) 2020.

Kerjasama ini akan membenarkan para pemenang kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PUBG Mobile untuk melayakkan diri ke kejohanan-kejohanan besar iaitu Liga Profesional MLBB (MPL) dan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC).

Johan dan naib johan kategori MLBB akan diberikan slot di MPL MY Qualifier Top 8 manakala kelayakkan untuk menyertai PMNC 2021 hanya diberikan kepada johan kategori PUBG Mobile.

MEC 2020 berlangsung dari 26 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021. Pada waktu ini, pusingan kelayakan FIFA 21 sedang berlangsung. Pusingan kelayakan DOTA 2, MLBB, dan PUBG Mobile akan bermula esok.

Hadiah terkumpul yang ditawarkan di MEC 2020 berjumlah RM100,000. Berikut adalah pecahan hadiah mengikut kategori:

  • DOTA 2 – RM10,000
  • FIFA 21 – RM10,000
  • PUBG Mobile – RM40,000
  • MLBB – RM40,000

Jika anda ingin menyertai MEC 2020, jangan risau kerana pendaftaran untuk minggu kedua masih dibuka. Anda boleh mendaftarkan diri dan mendapatkan maklumat tentang MEC 2020 di laman web Esukan.gg.

RELATED NEWS

+