ManParang teruja dikurniakan cahaya mata pertama

Pemain profesional PUBG Mobile, Aiman “ManParang” Amirul meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Ahli pasukan Yoodo Gank itu berkata, dia sangat teruja dan gembira kerana sememangnya sudah menjadi impian seorang ayah menghadapi saat-saat ini.

Katanya lagi, kali ini beliau lebih mudah mengatur jadual kerja hariannya biarpun sudah bergelar ayah.

“Sama saja seperti orang lain yang bekerja di luar sana, waktu kerja saya lebih mudah diaturkan sebab bekerja dari rumah sahaja.

“Saya takkan berhenti menjadi pemain profesional kerana ini impian sejak dulu lagi. Malah, saya taknak sia-siakan peluang dan akan buat yang terbaik untuk karier saya dalam e-sukan,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

1st September 2020 😍❤️

A post shared by ManParang | Yoodo Gank (@aiman.pa) on

Aiman berkongsi kegembiraan di Instagram apabila anak sulung perempuannya yang selamat dilahirkan isterinya, Fatimah pada jam 3:33 pagi pada 1 September (Selasa).

Ketika ini, Aiman bersama ahli-ahli pasukannya, Yoodo Gank sedang bertanding dalam Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Malaysia dan Singapura musim kedua yang berlangsung sejak 19 Ogos lalu.

Mereka berada di tempat ketiga setakat minggu kedua liga dengan skor keseluruhan 306 mata, di belakang Team Secret dan Geek Fam.

RELATED NEWS

+