Metal Slug XX Akan Hadir Ke PlayStation 4 Pada Musim Panas 2018

Rindu Metal Slug? Haa jangan risau, kalau korang tak ada PSP, Metal Slug XX akan hadir ke PlayStation 4 pada musim panas 2018 (jangkaan Jun hingga September) ini!

Game itu akan dimuat naik secara digital di PlayStation Store di mana korang boleh dapatkannya dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian dengan fungsi-fungsi baru.

Metal Slug XX adalah Metal Slug 7 yang diportkan dan menambah beberapa laluan baru dalam misi dan sokongan ad-hoc multi-pemain di Nintendo DS. Metal Slug XX juga akan akan menambah karakter Leona Heidern dari The King of Fighters sebagai DLC dan korang masih boleh main Ralf dan Clark yang sedia sebagai karakter utama.

Selain keluaran PSP, ia juga dah dilancarkan di Xbox 360 melalui Xbox Live Arcade.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+