Microsoft Akan ‘Membeli’ Studio Fallout: New Vegas, Obsidian Entertainment

Nampaknya, Fallout akan berada di bawah Microsoft pula tak lama lagi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pemilik Windows dan Xbox itu akan mendapatkan hak milik kepada Obsidian Entertainment.

Bercakap dengan Kotaku, perjanjian itu dah pun 90% siap dan mungkin akan diketahui tak lama lagi. Apabila ditanya lebih lanjut tentang perjanjian itu, Microsoft dan Obsidian enggan untuk bagi jawapan.

Sebelum ini Microsoft mengumumkan pada Jun lalu yang mereka dah membeli Hellblade studio Ninja Theory, Undead Labs yang membangunkan State of Decay 2 dan Compulsion Games yang membawakan projek We Happy Few.

Obsidian terkenal dengan pelbagai judul RPG seperti Fallout: New Vegas, Alpha Protocol, Neverwinter Nights 2, Pillars of Eternity dan banyak lagi.

Sumber: vg247

RELATED NEWS

+