Microsoft rancang untuk beli lebih banyak studio pembangunan permainan video

Baru-baru ini Microsoft membuat kejutan besar dalam industri permainan video apabila mereka mengumumkan pembelian ZeniMax Media. Satya Nadella, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, menyatakan mereka berhasrat membeli lebih banyak studio pada masa depan.

Dalam sebuah temu bual bersama CNET, Satya dan Phil Spencer, Ketua Xbox, menyatakan mereka mahu memperkembangkan lagi kandungan permainan di Microsoft. Pada waktu yang sama, mereka akan terus menyokong Xbox Game Pass.

“Kepentingan mempunyai banyak kandungan ialah ia membolehkan kami mencapai komuniti-komuniti yang lebih besar,” kata Satya. Phil pula berkata: “Kandungan ialah bahan hebat untuk platform kami dan kami akan terus melaburkan usaha terhadapnya.”

Pembelian ZeniMax Media memberikan Microsoft hak kepada siri-siri permainan popular seperti Fallout, The Elder Scrolls, DOOM, Wolfenstein, Dishonored, dan Prey. Hal ini demikian kerana ZeniMax Media memiliki studio-studio seperti Bethesda dan id Software.

Penulis percaya hasrat Microsoft untuk membeli lebih banyak studio pembangunan permainan video ialah satu perancangan yang bijak. Ia boleh menguatkan lagi katalog permainan Xbox dan PC yang selalunya dikatakan lemah berbanding katalog PlayStation.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+