Microtransaction FIFA Ultimate Team Lebih Menguntungkan Daripada Game FIFA Sendiri

Perit tapi benar.

Pada zaman sekarang, syarikat penerbit dan pembangun game besar seperti EA, Activision dan Ubisoft lebih gemar menggunakan kaedah microtransaction iaitu membeli barangan dalam game menggunakan duit sebenar berbanding menjual game penuh.

Dalam satu laporan kewangan EA, jualan pek FIFA dalam FIFA Ultimate Team menghasilkan keuntungan lebih banyak berbanding jualan game asal. Ultimate Team ini sama seperti mengumpul Panini sticker atau kumpul kad Pokémon yang mana pemain akan membeli pek kad yang terdiri pemain bola sepak.

Menurut EA, Ultimate Team telah menyumbang sebanyak 28% dalam keuntungan penuh syarikat game ini berbanding hanya 21% pada tahun 2018. Buat masa sekarang, 55% keuntungan EA datang daripada jualan game penuh manakala peratusan lain adalah terdiri daripada microtransaction dan servis langsung seperti EA Access.

Ini amat mengejutkan memandangkan game keluaran EA lain seperti Star Wars: Battlefront II dipalit dengan pelbagai kontroversi kerana sistem microtransaction yang tidak masuk akal.

Namun, ini tidak bermakna Ultimate Team tidak terlepas daripada cemuhan ini. Baru-baru ini, hal microtransaction dibangkitkan di parlimen United Kingdom kerana ia boleh menjurus kepada perjudian.

EA pula membidas kenyataan itu dengan menyamakan sistem microtransaction ini sebagai suatu kejutan dan bukan judi.

Adakah korang salah satu yang terjebak dalam microtransaction FIFA Ultimate Team ini? Kongsikan di laman Facebook kami.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Metro.co.uk

RELATED NEWS

+