MidOne keluar OG

Pemain kelahiran Malaysia, Yeik Nai Zheng (MidOne) yang menyertai skuad Dota 2 Eropah, OG diumumkan tidak lagi bersama organisasi itu, semalam.

Dalam satu pengumuman ringkas menerusi ciapan di Twitter rasmi OG, mereka mengucapkan terima kasih kepada MidOne atas jasanya bersama pasukan.

“MidOne sebelum ini adalah pemain mid sebelum pergi ke offlane dan kemudian mempelajari banyak hero baru serta cara baru untuk bermain, sehinggakan sanggup bertanding dari Malaysia dan menghadapi isu 300 ping tapi masih mempamerkan prestasi luar biasa,” kata OG dalam satu kenyataan.

OG juga mengatakan mereka tidak akan melupakan jasa dan sumbangan diberikan MidOne malah N0tail dan Ceb juga memberikan komen mereka sendiri memuji MidOne namun mengakui gaya permainan pemain Malaysia itu tidak bersesuaian dengan pasukan.

Justeru, perubahan terpaksa dibuat dan kini mereka sedang mencari pemain carry untuk DPC 2021 ini. Kata mereka, posisi ini optimal kerana ia menentukan bagaimana permainan ini dimainkan.

MidOne sebelum ini pernah bersama beberapa pasukan antaranya Fnatic dan Team Secret sepanjang karier Dota 2.

RELATED NEWS

+