Mobile Legends: Amoux kini ketua jurulatih skuad Indonesia, Bigetron Alpha!

Bekas jurulatih Todak, Ariff Iswandi atau Amoux sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih bagi pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Indonesia, Bigetron Alpha, pada semalam.

Dalam satu video berdurasi 3 minit yang dimuat naik di saluran Youtube pasukan tersebut, Amoux yang juga bekas penganalisa Geek Fam itu teruja dengan pilihan dibuat.

“Pengalaman saya sebelum ini adalah sebagai jurulatih di MPL MY/SG Musim Ketiga dan pengalaman paling bermakna adalah mengikuti M1 dan meraih tempat ketiga,” katanya.

Difahamkan, Ariff tujukan pencapaian tersebut terhadap Geek Fam Malaysia dan Todak.

Menurut Ariff lagi, beliau inginkan cabaran baru di Indonesia berikutan sudah lama berada dalam arena Malaysia dan Singapura.

“Saya tahu arena MLBB di Indonesia lebih bagus, standard tinggi bagi pertandingan kompetitif.

“Cabaran saya kali ini bukan saja melatih Bigetron Alpha di MPL Indonesia tapi juga Bigetron Bravo di MDL,” katanya.

Buat masa ini, Ariff tidak dapat ke gaming house Bigetron berikutan COVID-19 di Singapura dan beliau berharap untuk bertemu dengan ahli pasukannya tak lama lagi.

“Walaupun saya tak boleh ke luar negara, tapi online coaching masih berjalan dan setakat ini, boleh lagi handle,” katanya.

Foto: Bigetron TV

RELATED NEWS

+