Mobile Legends: Ashi bermain sebagai tank untuk Todak

Penantian untuk pemain tank bagi pasukan Todak MLBB akhirnya berakhir apabila Mohd Syazlan Mohd Rosdi ayau Ashi diumumkan sebagai pengganti Eone bagi menghadapi liga profesional (MPL MY) musim ketujuh, bulan depan.

Ashi yang juga merupakan pengurus pasukan tersebut sebelum ini pernah bermain kompetitif. Antaranya di MPL MYSG musim pertama bersama pasukan Mystic Burden.

Di kejohanan dunia MLBB, M2, Ashi bertindak sebagai jurulatih, mempersiapkan pasukannya dengan meta dan strategi berkesan.

Pengurus itu juga dilihat acap kali melakukan penstriman langsung, kadangkala bersama ahli pasukan jagaannya. Jadi mungkin Ashi dilihat sebagai individu paling tepat menggantikan Eone.

Bekas pemain tank, Eone sebelum ini diumumkan ingin bersara pasca kejohanan dunia, M2 kerana ingin memberikan ruang kepada pemain muda mengambil alih.

Sementara itu, Eone kini tidak bermain dalam arena kompetitif sebaliknya dilantik sebagai pembantu pengurus pasukan Todak baru-baru ini.

Foto: Todak

RELATED NEWS

+