Mobile Legends: Aurora, Dyrroth Dan Gusion Akan Menerima Skin The King Of Fighters

Kolaborasi Moonton bersama syarikat permainan video dari Jepun, SNK bukanlah perkara baru. Baru-baru ini sambutan hangat diterima daripada hero Mobile Legends yang diinspirasikan daripada karakter dalam siri The King of Fighters (KOF) seperti Iori Yagami, Athena Asamiya dan Leona untuk Chou, Guinevere dan Karina.

Kali ini, mereka berhasrat untuk menambahkan tiga lagi skin baru yang membawakan tema KOF untuk Aurora, Dyrroth dan Guison. Setakat ini, korang boleh saksikan efek skill untuk Aurora dalam video tertiris di bawah:

Sekarang ini, skin ketiga-tiga hero ini masih dalam percubaan (advanced server) dan mungkin akan dilancarkan tak lama lagi. Moonton sebelum ini memberikan salah satu skin ini dengan mudah tapi kali ini, masih belum tentu kaedahnya untuk skin ini diedarkan.

Sumber: Gamebrott

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+