Mobile Legends: Jom Serbu KL Fahrenheit88 Mall Sabtu Ini Untuk Acara Kemuncak 515 United!

Korang ada aktiviti best ke nak buat hujung minggu ni? Apa kata pakat datang ramai ramai ke Fahrenheit88 Mall pada 18 Mei (Sabtu) ni untuk menang hadiah, usha mini competition Mobile Legends dan jumpa cosplayer serta pasukan kegemaran korang!

 

Kumpul peminat Mobile Legends serata Malaysia

Ni apa yang berlaku dekat Sunway Pyramid haritu. Perghh fullhouse beb! Ramai betul peminat Mobile Legends yang datang memeriahkan majlis ni. Gambar: Meera Idros

Sebelum ini menerusi Kempen 515 Unite Global, mereka dah pun menjelajah menggunakan trak LED ke beberapa lokasi dalam negara iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan baru-baru ini Johor serta Sunway Pyramid, Selangor.   

Kali ini, mereka akan serbu Kuala Lumpur pula untuk bawakan dekat korang acara kemuncaknya!

 

Jumpa cosplayer, Key Opinion Leader (KOL) dan Xpax X-Assins!

Di sana nanti, bukan saja abang sado Sazali Samad korang boleh jumpa yang akan bergaya seperti karakter Badang tapi juga duo dari MGAG

Haaa ini dia cosplayer-cosplayer yang terkenal dalam MLBB! Tengok tu, ada Freya dan Ruby! Apa lagi yang gadis-gadis hebat ini boleh cosplay? Korang kena lah datang hujung minggu ni kalau nak tahu! Ellemonade, Haram-Bae dan Team Jeng Kreng akan buat korang kagum dengan kostum mereka!

Siapa kata korang hanya pergi untuk tengok cosplayer dan KOL? Dekat sana nanti juga korang berpeluang jumpa Xpax X-Assins dan bertanding dengan diorang. Sebelum ni memang tak pernah ada peluang cabar pemain profesional kan? Haa nilah masa dia!

Gambar: Meera Idros

Ini lah dia rupa-rupa cosplayer tu. Awesome gila kan?

 

Menang hadiah menarik! Ada tshirt, fon kepala, lanyard dan macam-macam lagi

Tengok aje gambar dekat atas ni dah boleh agak figura Miya tu yang paling mahal sekali nak menang. Selain itu, ada fon kepala dan fon telinga dari HyperX! Yang datang pun ada 300 goodie bags korang boleh dapat barangan eksklusif dalam tu. Contohnya macam tshirt, kipas, straw dan laynyard. Macam mana nak menang ni? Korang kena lah join aktiviti yang akan diadakan di sana nanti.

 

Kad Touch N’ Go dengan tema MLBB

Ini lah masanya untuk korang bantu golongan yang memerlukan. Bersama pembelian edisi terhad kad Tounch N’ Go edisi MLBB ini, hasil pembelian itu akan disumbangkan kepada Pintar Foundation (badan kebajikan yang membantu meningkatkan kesedaran pendidikan di sekolah-sekolah yang kurang dari segi prestasi). Dengan harga hanya RM25, kad TNG versi 515 ini boleh menjadi milik korang!

 

Jom usha video highlights pada lokasi-lokasi lepas!

 

Ingat tau, Sabtu ni di Fahrenheit88 Mall! Jangan lepaskan peluang untuk menang kesemua barangan eksklusif dan hadiah menarik lain! Ajak kawan-kawan korang sekali serbu!

RELATED NEWS

+