Mobile Legends: Liga Profesional Pertama Di Malaysia Dan Singapura Dengan Prizepool USD100,000!

Peminat Mobile Legends: Bang Bang, ini lah masanya korang buktikan bakat masing-masing.

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) ini adalah yang pertama buat Malaysia dan Singapura hasil kolaborasi eGG Network dan Moonton. Ia menawarkan hadiah wang tunai terkumpul yang mengejutkan, sebanyak USD100,000. Dollar tu bukan RM!

Lebih menarik lagi, team yang menang akan bawa pulang 1/5 dari prizepool itu iaitu sebanyak USD20,000. 

Ini adalah tiga perkara yang korang perlu tahu mengenai Liga ini:

  1. 8 pasukan terakhir akan berarung untuk hadiah utama dalam format double elimination di LAN event selama tiga hari pada Mac depan.
  2. Beberapa perlawanan ketika peringkat kelayakan dan regular season akan disiarkan secara langsung bersama pengulas dan hos eGG.
  3. Pendaftaran sudah pun dibuka! Maklumat lanjut mengenai format tournament dan pendaftaran boleh dibuat di sini

DARI kanan: Pengarah Pemasaran Moonton, Mandy Dai, Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay (tengah) dan pemain profesional Dota 2, Wong Hock Chuan ketika majlis pelancaran Liga Profesional Mobile Legends.

“Selepas kejayaan Mobile Legends SEA Cup, kami melihat permintaan dari pemain Malaysia dan Singapura untuk eSports berasaskan permainan mudah alih kian meningkat . MPL adalah salah satu usaha kami untuk mengembangkan lagi industri seumpama ini,” – Pengarah Pemasaran Moonton, Mandy Dai

 

“Kami berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Moonton dalam usaha mendekati lebih ramai peminat dengan menyediakan siaran langsung bagi final, broadcasting dan hosting di saluran eGG Network bersama talent kami dan content bagi pertandingan dan pemain yang terlibat,” – Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay 

RELATED NEWS

+