Mobile Legends: Luo Yi akan hadir pada 16 Mei ini, percuma!

Bermula 16 Mei, kesemua pemain Mobile Legends: Bang Bang berpeluang untuk memiliki hero mage terbaru iaitu Luo Yi dengan hanya log masuk ke dalam permainan tersebut.

Luo Yi antara hero mage dengan kebolehan baru iaitu teleportasi dirinya bersama ahli pasukan ke satu lokasi ke lokasi yang lain menggunakan ulti. Ia adalah salah satu game changer yang akan mengubah landskap permainan MLBB pada masa akan datang. Lihat trailer hero ini di bawah:

Beliau juga mempunyai akses kepada elemen Yin Yang iaitu Duality yang mana kuasanya akan bertukar setiap kali digunakan dan mempunyai efek berbeza kepada musuh.

Jangan lupa untuk log masuk pada 16 Mei ini bagi mendapatkan hero tersebut.

Selain Luo Yi, Faramis adalah hero lain sebelum ini diberikan secara percuma.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+