Mobile Legends: MPL Kini Kembali, Pencarian Skuad Terbaik Bermula!

Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) anjuran eGG Network dengan kerjasama Moonton kembali untuk musim ketiga dengan hadiah wang tunai terkumpul USD100,000!

Seramai 6 pasukan dari musim lepas akan mendapat jemputan terus sementara empat lagi skuad terbaik akan dicari menerusi pusingan kelayakan terbuka (3 dari Malaysia, 1 dari Singapura).

Untuk mendaftar, korang boleh ke LINK ini.

MALAYSIA: Pendaftaran akan dibuka dari 22 Disember ini hingga 4 Januari tahun depan.

Perlawanan akan dimulakan pada 18 Januari hingga 20 Januari.

SINGAPURA: Pendaftaran akan dibuka pada 5 Januari hingga 20 Januari tahun depan.

Perlawanan akan dimulakan pada 26 Januari hingga 27 Januari.

Setiap skuad HARUS mengekalkan 3 pemain dari MUSIM LEPAS untuk layak mendapat jemputan terus.

Untuk pengetahuan korang ini adalah skuad yang dijemput:

1. Team Reborn (sebelum ini dikenali sebagai Saiyan Reborn)

2. EVOS SG

3. Flash Tyrants

4. Bosskurr Gaming

5. Mystic

6. Bigetron SG

Bagi penulis, pasukan Malaysia harus kerah keringat lebih sedikit kali ini terutamanya Team Reborn yang mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan pasca MPL Musim Kedua. Bosskurr Gaming pula harus menggilap bakat sedia ada dan memfokuskan sepenuhnya untuk Mobile Legends. Mereka kini sedang fokus pada livestreaming untuk permainan selain Mobile Legends.

Ini adalah format untuk Musim Liga dan Playoff:

Musim Liga

10 pasukan bertarung dalam musim liga untuk 6 minggu dan 8 terbaik akan mara ke acara utama. 

Ketika musim ini berlangsung, pasukan akan mendapat subsidi mingguan, bermula $300 Dollar (musim kedua) dinaikkan kepada $350 Dollar untuk musim ketiga ini.

Playoffs

  • Ada sedikit perubahan yang mana pasukan akan bermain untuk f0rmat baru upper/lower bracket – 4 pasukan di upper bracket, 4 pasukan di lower bracket.
  • 8 terbaik dari musim liga akan mara ke playoffs.

Setakat ini, eGG Network belum mengumumkan di mana playoffs akan diadakan tapi penulis pasti, di mana saja tempatnya, pasti meriah dengan penonton dan peminat setia!

RELATED NEWS

+