Mobile Legends: MSL Kembali – Ada Team Bosskur, Saiyan Reborn Dan Banyak Lagi

Mobile Star League (MSL) kini kembali untuk musim kedua!

Peminat Mobile Legends berpeluang untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka berentap tak lama lagi. 8 pasukan akan bertanding untuk mencari seorang juara!

8 PASUKAN, PRIZE POOL $10,000

 

Sempena musim kedua ini, mereka akan mengumpulkan 8 pasukan Mobile Legends tersohor dari empat negara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia dan Singapura berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul USD10,000 (kira-kira RM48,000).

Kelapan-lapan pasukan dah pun mengesahkan kehadiran mereka. Mesti korang nak tahu Team Malaysia yang akan bertanding kan? Mereka adalah:

Team Bosskur

Team Bosskur terdiri daripada bekas skuad ASYN. Mereka adalah Ahmad Fuad ‘Fredo‘ Alili, Mohd Farid ‘Soloz‘ Zakaria, Abdul Wandi ‘Logan‘ Abdul Kadir, Andi Alfian ‘Gripex‘ Firman, Sofian ‘Penjahat‘ Sultan dan Herwin ‘Rush‘ Baharuddin.

Selepas meninggalkan ASYN, mereka membentuk skuad Bosskur untuk sekali lagi cuba mencabar arena Mobile Legends tempatan.

Geek FAM Icon

Geek Fam Icon pula akan mencuba nasib mereka di liga kali ini selepas persembahan yang kurang memuaskan di playoff MPL musim kedua tak lama dulu.

Saiyan Reborn

Saiyan Reborn sekali lagi cuba mempertahankan gelaran juara di MPL dan dijangka akan mempamerkan persembahan terbaik pada Mobile Star League kali ini.

Mereka terdiri daripada kapten pasukan Akmal Afi Uzair Daud (Silo), Muhd Nurhafis Jamiran (Evil), Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn), Saw Kee Loong (Loong), Fiqri Atiq Mohd Fauzi Lai (Lacid) dan Muhd Aiqal Amran (Jinn).

Team Flash

Team Flash dari Singapura pernah menjuarai kejohanan Mobile Legends ketika Selangor Cyber Games baru-baru ini. Kali ini, mereka akan cuba bersaing bersama tiga lagi negara lain yang terlibat.

Louvre Indonesia

Pendatang baru dari Indonesia ini akan cuba menyaingi pesaing lain dari Malaysia, Singapura dan Thailand.

Juara musim lalu ini akan cuba mengekalkan takhta mereka untuk MSL musim kedua ini.

Aerowolf menunjukkan kekuatan mereka di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2018 yang berlangsung tak berapa lama dulu tapi adakah kali ini persembahan mereka akan bertambah baik?

Satu-satunya wakil dari Thailand ini akan cuba menunjukkan taring mereka! Bagaimana agaknya mereka akan berentap bersama pesaing lain? Kita nantikan!

Bila Tournament Ni?

Musim liga akan bermula pada 26 November ini hingga 26 Disember. So korang boleh saksikan favorite team berentap dalam sebulan mengumpul mata untuk layak ke playoffs.

Kalau korang nak info lanjut, boleh layari FB mereka dekat SINI.

Kesemua gambar adalah sumber dari Facebook Mobile Star League

RELATED NEWS

+