Mobile Legends: Musim Liga MPL Ditunda Berikutan Wabak COVID-19

Musim liga bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia & Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima akan ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan pada esok hingga 31 Mac yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Dalam satu posting di Facebook, pihak Moonton mengambil kira tahap keselamatan dan kesihatan kesemua pemain, peminat dan kakitangan yang terlibat.

Bagaimanapun, siri web Bangkit akan diteruskan seperti biasa.

Moonton masih belum umum bilakah ia akan dilangsungkan kembali.

Berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+