Mobile Legends: Patch baru – Uranus, Luo Yi, Popol dan Kupa, Ling dan Yi Sun Shin paling terkesan

Seperti biasa, patch baru dalam Mobile Legends akan dikeluarkan dari masa ke semasa bagi memberi ruang kepada sesi permainan lebih adil dan tidak terlalu tertumpu pada hero tertentu.

Dalam satu patch yang dikeluarkan dua hari lepas, terdapat lima (5) hero yang paling terkesan dan menerima nerf agak teruk kepada mereka.

 

Uranus

Seperti yang kita tahu, Uranus adalah hero yang paling ‘liat’ untuk ditumpaskan kerana jumlah regen dan perisai yang tinggi. Kebolehan hero ini untuk memotong lane dan pada masa yang sama memberikan stack damage begitu menyakitkan kadangkala membuatkan ramai pemain ban hero ini di rank.

Uranus juga terkenal dengan kebolehan untuk membuli hero lain di lane tanpa berbalas kecederaan yang banyak.

Oleh itu kali ini Moonton membuat keputusan untuk:

  • Skill 2: Base damage untuk serapan pada perisai dikurangkan dari 400-1,000 kepada 300-750.
  • Ultimate: Perisai dan HP regeneration tambahan dikurangkan dari 50% di setiap peringkat kepada 30%-50%.

 

Popol dan Kupa

Dalam perlawanan rank tinggi, Popol dan Kupa mempunyai kadar pilihan yang tinggi kerana kebolehannya untuk memasang perangkap dan melakukan perma-stun kepada musuh sehingga tak boleh bergerak. Kupa (serigala) juga digunakan untuk memulakan perlawanan dengan mudah dari jarak jauh.

Jadi Moonton memilih untuk:

  • Attributes: Kupa dulu menerima 700+120% dari nyawa Popol tapi kini bertukar menjadi 1,300+80%.
  • Skill 1: Base damage 240-330 kepada 200-290. Serangan fizikal tambahan 60%-75%.
  • Skill 3: Pengurangan kelajuan pergerakan dari perangkap – 35%-20%
  • Ultimate: Penambahan kelajuan serangan: 30%-50% – 30%-70%

 

Luo Yi

Pada mulanya, hero percuma ini dimainkan sebagai mage tapi selepas menerima buff jarak pada kuasa pertama, Luo Yi banyak kali dimainkan sebagai support di peringkat tertinggi rank. Oleh itu,  Moonton mengenakan nerf agar support lain turut boleh dipertimbangkan.

  • Skill 1: Base damage 250-450 kepada 230-430
  • Skill 2: Base damage apabila tersentuh bulatan – 250-350 kepada 200-280
  • Bonus magic power 50%-40% 
  • Jumlah damage dari Yin Yang reaction dan jarak skill dikurangkan sebanyak 10%

 

Ling

Hero ini adalah Assassin yang paling laju dan mudah bergerak dari lane ke lane. Ini membolehkan Ling untuk gank dengan mudah dan mengacau musuh yang sedang berada dalam teamfight dengan mudah. Kali ini, kelebihan itu dikurangkan sedikit keberkesanannya.

  • Pasif: Jika Ling dikawal (stun dan sebagainya), dia akan jatuh ke tanah dan diperlahankan sebanyak 30% selama dua saat.
  • Skill 2: Terdapat penambahan 0.1 saat untuk melompat dari dinding ke dinding sekarang.
  • Ultimate: Penambahan kelajuan pergerakan 30%-10%.

 

Yi Sun Shin

Sejak menerima revamp, Yi Sun Shin antara hero yang paling hebat dengan kebolehannya untuk berlawan dengan fighter tanpa berbalas kecederaan. Di rank tinggi, hero ini selalu digunakan dengan baik oleh pemain profesional.

  • Pasif: Damage critical untuk serangan pertama yang dikuatkan: 85%-100% – 70%-100%
  • Skill 1: 30% damage reduction kini tiada lagi.

Adakah anda berpuas hati dengan kesemua nerf ini? Patch penuh boleh dibaca dalam MLBB di mail (Important notice).

RELATED NEWS

+