Mobile Legends: Proxy Alliance Dari Universiti Sains Malaysia (USM) Juara MLBB Celcom XPAXKEK Semester 2 Zon Utara

Selepas mengharungi pusingan separuh akhir yang begitu sengit, pasukan tuan rumah, Proxy Alliance dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menewaskan skuad Wyverns Fury III dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan skor 2-1 di final MLBB Celcom XPAXKEK Semester 2 Zon Utara!

Saksikan video ulang tayang di bawah: 

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Grand Final Zon Utara – Proxy Alliance [USM] VS Wyvern's Fury III [UTP]

Penutup perlawanan akhir MLBB #XPAXKEK SEM 2 bakal menyaksikan strategi team Proxy Alliance dari Universiti Sains Malaysia menentang team Wyvern's Fury III mewakili Universiti Teknologi Petronas yang sering memberi kejutan. Saksikan Finals secara LIVE #DemiMaruahKampus

Posted by My Game On on Sunday, October 13, 2019

Di tempat kedua dimenangi oleh Wyverns Fury III, diikuti oleh PTSB DOT COM dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Ketiga-tiga pasukan ini layak untuk merebut hadiah keseluruhan RM180,000 di Grand Final akan diadakan di The Curve, Petaling Jaya, Selangor pada akhir November nanti.

——-

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+