Mobile Legends: [RASMI] Pemain Malaysia, Rippo Kini Bersama Aerowolf Jr

Mungkin ramai yang mengenali pemain Malaysia, Sasa bersama salah satu pasukan hebat Mobile Legends di Indonesia, Onic Esports. Tapi jangan pula kita lupa bekas pemain Geek Fam, Rippo yang berbakat kini bersama Aerowolf Jr!

Rippo atau nama sebenarnya Muhammad Arif Abdul Halim, 19 sudah lama berlatih bersama rakan sepasukannya dari negara Garuda tersebut. Di Instagram rasmi @aerowolfproteam, mereka mengumumkan lineup penuh pasukan Aerowolf Jr yang akan bertanding di MLBB Development League (MDL) Musim Pertama.

Lineup rasmi Aerowolf Jr:

  • Zoeybit
  • Rippo
  • Watt
  • Groot
  • Jo
  • Trixie
  • Cubbinz

Rippo (depan, dua dari kanan)

MLBB Development League adalah kejohanan berprestij yang membabitkan pasukan di tahap kedua (di bawah MPL).

Mengikut format yang disebutkan Mineski Indonesia (penganjur MPL), nampaknya MDL mengumpulkan lapan pasukan menerusi pusingan kelayakan untuk menentukan empat pasukan terbaik yang akan bertemu lapan pasukan junior finalis MPL (tahap kedua) di musim liga.

12 pasukan ini akan bertanding pada musim liga yang akan berlangsung bermula 17 Februari ini. Hanya lapan pasukan terbaik akan bertanding di playoff!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+